Antarabangsa Bola Sepak Harimau Malaya Terkini

PUMA Malaysia lancar jersi ketiga Harimau Malaya 2025, Menjiwai Semangat ‘Bangkit Bersama’

‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.

PUMA Malaysia, melalui kerjasama berterusan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 yang menggabungkan inovasi prestasi dengan elemen reka bentuk moden dan segar. Pelancaran ini melengkapkan rangkaian jersi musim 2025, susulan pengenalan Jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada awal tahun ini.

Jersi ini tampil dalam kombinasi warna biru dan merah yang cukup menonjol, direka dengan potongan regular fit, lengan pendek serta leher bulat.

Dihiasi logo PUMA Cat pada bahagian dada kanan dan Jalur Gemilang pada bahagian kiri, Jersi ketiga ini turut menampilkan teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA, memastikan pemain dapat beraksi pada tahap optimum dengan keselesaan maksimum — sejajar dengan komitmen jenama tersebut terhadap penghasilan produk sukan yang lestari.

Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan berkata, tema bagi Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ialah ‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.

“Edisi ini turut mengetengahkan padanan warna yang baru bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia — keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,” tegasnya.

Ciri-ciri utama jersi Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 :-

Reka Bentuk Baharu yang Simbolik

Reka bentuk jersi ini diinspirasikan oleh elemen Harimau Malaya, menonjolkan identiti dan sejarah bola sepak negara, serta menjadi lambang perpaduan bagi semua peminat Harimau Malaya.

Teknologi Prestasi

Dilengkapi teknologi penyerapan peluh DRYCELL daripada PUMA bagi memastikan pemain dan peminat kekal kering serta selesa, sama ada di atas padang atau di ruang penonton.

Bahan Lestari

Sebagai sebahagian daripada inisiatif RE:FIBRE PUMA, Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ini diperbuat daripada sekurang-kurangnya 95% bahan kitar semula, tanpa menjejaskan kualiti.

Jersi Ketiga PUMA x FAM Harimau Malaya kini boleh didapati pada harga RM319 di PUMA.com, Kedai PUMA, serta kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.

Untuk perkembangan terkini mengenai kerjasama ini dan pengumuman menarik lain, ikuti @PUMA.Malaysia di Instagram.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading