Bola Sepak Terkini

KL City FC, KDN FC dan PDRM FC sah sertai Liga Super 2025/26

FIB telah bersetuju untuk memberikan Lesen Kebangsaan penuh

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi Badan bebas First Instance Body (FIB) telah meluluskan Lesen Kebangsaan kepada Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC.

Keputusan ini menyaksikan ketiga-tiga pasukan ini akan menyerrtai 10 pasukan yang telah terlebih dahulu mendapat kelulusan bersama DPMM Brunei FC memeriahkan saingan Liga Super 2025/26.

Pengerusi, First Instance Body (FIB) ,Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, FIB hari ini mengesahkan bahawa semua dokumentasi kewangan tambahan telah diterima daripada ketiga-tiga kelab berkenaan sebelum tarikh akhir penyerahan itu.

“Setelah meneliti dan menilai dengan teliti dokumen kewangan tambahan yang dikemukakan itu, FIB telah bersetuju untuk memberikan Lesen Kebangsaan penuh kepada ketiga-tiga kelab tersebut setelah mereka berjaya memenuhi segala keperluan pematuhan yang ditetapkan.

“FIB merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan serta komitmen tinggi pihak Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC sepanjang proses ini dan mengucapkan selamat maju jaya dalam saingan Liga Super bagi musim 2025-2026,” ujarnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan MFL sebentar tadi.

Turut telah diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB sebelum ini adalah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC serta dua kelab daripada AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC yang berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan Luar Biasa.

Terdahulu FIB sebelum ini telah meluluskan Lesen Kebangsaan kepada Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC dengan syarat perlu mengemukakan dokumen kewangan tambahan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025, selaras dengan Artikel 8 (l) Peraturan Pelesenan Kelab MFL.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading