Lain-Lain

Dua pendayung dunia warnai Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022


Pendayung wanita dari New Zealand, Danielle McKenzie dan pendayung lelaki dari Australia, McKenzie Hynard sah sertai POPIC 2022 di Pahang.

KUALA LUMPUR – Acara sukan kanu  antarabangsa kali pertama diadakan di negeri Pahang, Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 (POPIC  2022) pada 7 hingga 11 September ini bakal menjanjikan aksi perlumbaan kanu laut hebat apabila mengesahkan penyertaan dua pendayung bertaraf dunia dari New Zealand dan Australia.

Pendayung wanita dari New Zealand, Danielle McKenzie yang menjuarai Kejohanan Dunia Kanu Laut pada tahun 2019 di Perancis sebelum ini menggegarkan arena perlumbaan kanu laut dunia selepas meraih takhta kejuaraan dunia itu dalam perlumbaan pertama beliau.

Bagi kategori lelaki antarabagsa, pendayung dari Australia McKenzie Hynard sudah membayangkan kejuaraan di POPIC 2022 bakal dimiliki beliau.

McKenzie Hynard yang merupakan bekas Naib Juara Dunia Bawah 23 pada tahun 2017, dan tempat ke-8 kategori elit pada tahun 2019 telah mengesahkan penyertaannya dan menjanjikan aksi terbaik di Pahang.

Pihak penganjur juga mengesahkan penyertaan pendayung dari Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Thailand dan negara tuan rumah Malaysia bagi kategori antarabangsa.

Pengesahan penyertaan ini dibuat oleh Emir Abdul Jalal, Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker Sdn Bhd, penganjur acara Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022. 

“Kehadiran bekas Juara Dunia 2019, Daniele McKenzie dan Naib Juara Dunia (B23) 2017 jelas bakal memberikan impak cukup besar kepada penganjuran POPIC 2022. 

“Semoga dengan pengesahan penyertaan mereka bakal menarik minat lebih ramai lagi pendayung hebat dari luar negara selepas ini. Bagi acara yang baru diperkenalkan, ini merupakan permulaan yang cukup baik”  jelas Emir.

Bagi memastikan perlumbaan ini berjalan lancar, penganjur telah melantik bekas juara dunia 12 kali kanu laut antarabangsa, Oscar Chalupsky dari Afrika Selatan sebagai Pengarah Perlumbaan (Race Director). 

Oscar yang kini berpengkalan di Portugal, merupakan ikon perlumbaan kanu dunia, yang turut menjadi jurulatih kepada ramai pendayung-pendayung hebat di Eropah. Oscar akan dibantu oleh jawatankuasa teknikal yang diurus sepenuhnya oleh Persatuan Sukan Kanu Pahang, diketuai sendiri oleh Presiden Persatuan, Mohd Nazir  Mohd Sakari.

POPIC 2022 akan berlangsung di Pahang di Pantai Hiburan, Rompin (7 September), Pantai Lagenda, Pekan (8 September), Pantai Balok, Kuantan (9 September), Pantai Cherating, Kuantan (10 September) dan berkahir di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan (11 September).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: