Bola Sepak

Benzema cetus malam kebangkitan Real Madrid


Benzema meldak hatrik membantu kemaraan pasukan mengatasi PSG dengan agregat 3-2.

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema mencetus malam kebangkitan pasukan apabila melakar hatrik membantu kemenangan mengatasi Paris Saint-German (PSG), 3-1 untuk mara ke pentas  suku akhir Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Ketinggalan 0-1 pada aksi pertama sebelum ini, PSG terus selesa dihadapan pada minit ke 39 untuk kedudukan agregat 2-0 selepas Kylian Mbappe menjaringkan gol pertama dihadapan penyokong tuan rumah di Santiago Bernabeu

Namun Benzema menjaringkan hatrik yang menakjubkan pada separuh masa kedua, termasuk dua gol dalam masa dua minit (m-61,m-76 dan m-78)  untuk membolehkannya pasukannya mara.

Tegas Benzema, setiap perlawanan kini adalah perlawanan akhir untuk kami dalam Liga Juara-Juara dan La Liga tetapi hari ini kami menunjukkan bahawa Real Madrid masih hidup.

“Kami tahu PSG suka menguasai bola. Kami bermula dengan baik, kami cuba menjaringkan gol dan pada separuh masa kedua kami memenangi perlawanan dengan kekuatan mental kami,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: