Bola Sepak

MPFK Wanita: Hanya enam pasukan bertanding, Melaka benam KL 10 gol


Suraya (tengah) bertemu dengan pemain-pemain sebelum aksi mula MPLF Wanita 2022.

LIGA Premier Futsal Malaysia (MPFL) Wanita membuka tirainya bermula hari ini sehingga 23 Mac dengan menyaksikan enam pasukan bertanding dalam format liga dua pusingan.

Kejohanan liga dibuka dengan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, Datuk Suraya Yaakob.

Perlawanan pertama diantara pasukan Sabah dan Selangor MBSJ memberi kehangatan lebih awal apabila kedua-dua enggan mengaku kalah dengan keputusan seri 2-2.

Aksi pertama membuka tirai liga di antara pasukan Sabah dan Selangor MBSJ.

Bagi aksi kedua pula, pasukan Melaka ternyata tidak menunggu lama untuk mengeluarkan taring mereka apabila berpesta gol dengan menumpaskan Kuala Lumpur 10-0.

Manakala aksi kemenangan 5-1 KL Prefer-Cyberlynx  ke atas PDRM menutup perlawanan hari ini.

Aksi pemain Melaka (hijau) menewaskan Kuala Lumpur dengan 10-0.

Sementara itu, turut kelihatan hadir memberi sokongan dan menyaksikan perlawanan adalah Exco FAM termasuk Christopher Raj, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah, ACP (B) Md Dali Wahid, Pengurus Teknikal Futsal FAM Chiew Chun Yong, Naib Presiden FAM Datuk Seri Rosmadi Ismail serta Datuk Hisamudin Yahaya yang juga Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: