Bola Sepak

Filipina ujian pertama Pan-gon


Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERLAWANAN persahabatan menentang Filipina pada 23 Mac 2022 merupakan ujian pertama buat pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan memaklumkan selain berdepan Filipina pada 23 Mac di Singapura, skuad kebangsaan akan turun menentang pasukan Singapura selang tiga hari kemudian.

Tegas FAM, kedua-dua perlawanan persahabatan itu adalah sebagai persediaan dan persediaan pasukan menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

Sementara itu, Pan Gon pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya yang mana ia merupakan sesi pertama beliau selepas tiba di tanah air dan selesai menjalani tempoh kuarantin menyifatkan Malaysia mempunyai potensi yang besar.

“Saya berharap agar barisan kejurulatihan ini diberi masa untuk kami membina asas kukuh terlebih dahulu dan bergerak ke hadapan ke arah matlamat kami dengan memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar.

“Seperti yang saya tahu bahawa moto negara Malaysia ialah “perpaduan adalah kekuatan”.

“Saya percaya jika semua boleh bersatu bersama-sama kami dengan sokongan dan kepercayaan anda semua, kita akan berjaya untuk mencapai matlamat kita,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: