Badminton

BATC: “Kalau tak ke final… kita gagal” – Zii Jia


Zii Jia menjalani latihan di ABM menjelang aksi BATC Selasa ini.

PEMAIN perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia menganggap pasukan akan gagal jika tidak layak ke final Kejohanan Badminton berpasukan Asia (BATC) yang bermula 15-20 Februari ini di Shah Alam.

Pemain berusia 24 tahun itu yang menyasarkan pasukannya menjadi juara kejohanan memberitahu, Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan yang ada mendangkan terdapat beberapa pasukan kuat tidak menghantar pemain utama mereka dalam saingan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City itu.

“Saya bukan nak bagi tekanan namun kebanyakan pasukan lain hantar barisan kedua pemain, sudah tentu bagi saya mahu juara atau sekurang-kurangnya ke final.

“Kalau tak ke final, kita gagal, saya gagal sebab barisan pemain kita paling kuat, ” ujarnya kepada media selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Jalil pada Jumaat.

Skuad lelaki diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Singapura dan Kazakhstan sekaligus mengelak daripada bertemu juara tiga kali Indonesia (2016, 2018, 2020), India, Korea Selatan dan Hong Kong yang diundi berada dalam Kumpulan A.

Mengulas mengenai perlawanan tumpuan berdepan Loh Kean Yeaw dari Singapura, Zii Jia berkata dia sudah bersedia bertarung dengan juara dunia 2021 itu yang disifatkan sengat penting baginya untuk menyumbang mata pertama buat Malaysia.

Selain Zii Jia, lima lagi pemain iaitu Ng TZe Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Lim Chong King dan Jacky Kok Jing Hong melengkapkan barisan perseorangan lelaki negara untuk keohanan dwitahunan itu.

Manakala pemenang pingat Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia- Soh Wooi Yik pula akan mengetuai gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk beregu lelaki.

Sementara itu, pasukan wanita pula terdiri daripada Eoon Qi Xuan, S.Kisona, Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman, Myisha Mohd Khairul bagi kategori perseorangan, manakala beregu diwakili Pearly Tan-M.Thinaah, Teoh Mei-Xing-Anna Cheong, Valeree Siow-Low Yee Yuan dan Go Pei Kee. –Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading