
ISU panas melibatkan Persatuan Badmionton Malaysia dan pemain persorangan lelaki negara, Lee Zii Jia nampaknya berakhir dengan baik.
Jaguh perseorangan berusia 23 tahun itu mendedahkan dia telah berjumpa dengan Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria secara peribadi bersama kedua ibu bapanya.
“Saya berbesar hati untuk mengadakan pertemuan peribadi dari hati ke hati dengan Presiden BAM Tan Sri Norza Zakaria bersama ibu bapa saya.
“Saya gembira kerana kami kini menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesional.
“Pencapaian masa lalu dan masa depan saya akan sentiasa menjadi produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia. Saya sentiasa bersyukur kerana Tan Sri membimbing, mengasuh dan memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada negara yang saya cintai.
“Pada masa ini, saya akan komited untuk Kejohanan Berpasukan Asia. Saya harap kesimpulan ini menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia dan peminat Badminton.
“Teruskan menyokong BAM dan juga pemain profesional negara yang turut diasuh oleh BAM kerana akhirnya kita adalah satu,” kongsi Zii Jia di Instagramnya pada Selasa.
Minggu lalu badminton tanah air rancak dengan isu BAM-Zii Jia selepas pemain ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai BAM.
Susulan daripada itu, Majlis BAM memutuskan Zii Jia tidak didaftarkan sebagai pemain di pentas antarabangsa selama dua tahun.






Add Comment