Sepak Takraw

STL: Kelantan Warriors mahu elak terperangkap strategi Antlers


Oleh: FARIZAL YUSOFF

KELANTAN Warriors mahu terus lebarkan rekod bersih dan kali ini turun membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan Antlers dalam dalam saingan minggu kedua Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, petang Sabtu.

Berbekalkan dua kemenangan terdahulu menewaskan Bison (2-1) dan tigris (2-0), Ketua jurulatih Warriors, Azhar Sarabini atau Cikgu Add mahu pemainnya kekal fokus dan tidak mengambil mudah dalam aksi yang dijangka sengit dan menarik.

“Selalunya perlawanan menentang Antlers cukup sengit dan kejayaan mereka menumbangkan Selangor Pistons 2-1, minggu lepas cukup membuktikan kemampuan yang dimiliki.

“Kami perlu berhati-hati dan tidak terperangkap dengan strategi lawan. Mereka (Antlers) memiliki pemain berpengalaman seperti Hisyam Ahmad, Hafizi Hayuza dan Mohd Syazreen Qamar Salehan selain membawa masuk bekas tekong Warriors dan Bison, Yus Hanif Rosli.

Ditanya strategi yang bakal digunakan untuk menentang skuad kendalian Shahibol Mazlan, Cikgu Add mahu tajamkan serangan sambil kurangkan kesilapan mudah yang boleh menggangu rentak permainan skuad Pantai Timur ini.

“Dalam sesi latihan kami baiki segala kekurangan yang ada dan harap semua pemain yang akan diturunkan nanti memberikan yang terbaik untuk kejayaan pasukan.

“Antlers memiliki pertahanan yang cukup baik dan kami akan cari jalan untuk menembusinya melalui serangan yang berkesan,” ulasnya.

Warriors dijangka kekal mempertaruhkan kekuatan servis kuda, Sobey disamping menggunakan ketenangan kapten, Aidil untuk membuat lambungan yang baik kepada Naim Izani.

Mungkin, kelibat pelibas yang ditunggu-tunggu peminat, Fadzli Roslan akan beraksi petang ini sebagai sebahagian daripada percaturan Cikgu Add untuk terus menghambat pendahulu liga, ATM Guardians.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: