Bola Sepak

Pengalaman bersama Harimau Malaya jadi taruhan – Mukhairi


Mukhairi (kanan) dan Luqman Hakim pastinya menjadi taruhan skuad B22 pada kejohanan yang bermula Isnin nanti.

KETUA pasukan skuad Bawah 22 tahun negara, Mukhairi Ajmal Mahadi tekad memanfaatkan pengalaman beraksi bersama skuad senior dalam perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan untuk memimpin pasukan membaham lawan dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 di, Mongolia bermula Isnin ini.

Jelasnya, peluang beraksi bersama skuad senior akan digunakan sebaik mungkin dalam usaha memimpin dan membentuk keserasian lebih mantap ketika beraksi di atas padang.

Mengakui ada jurang perbezaan bersama skuad senior dan pasukan B-22, Mukhairi melihat rentak permainan pada perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan cukup laju selain setiap pemain perlu sentiasa peka serangan berbahaya pihak lawan.

“Saya lihat semua pasukan adalah kuat dan kita tidak boleh ambil mudah cabaran itu kerana masing-masing bertungkus lumus membuat persiapan rapi.

“Apa yang boleh saya katakan adalah perlu fokus setiap perlawanan dan jangan mudah melakukan kesilapan kelak. Rasa bangga dapat pengalaman beraksi bersama skuad senior dan akan terapkan corak permainan itu ketika memimpin pasukan B-23,” ujarnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: