Bola Sepak

Isu tunggakan gaji: MFL beri jaminan lindungi pemain


Stuart Ramalingam mahu pemain yang berdepan dengan tunggakan gaji memaklumkan secara rasmi kepada MFL.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi jaminan akan melindungi maklumat peribadi pemain bola sepak yang membuat laporan mengenai tunggakan gaji dihadapinya.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pemain digesa untuk membuat laporan kepada mereka bagi memudahkan siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Langkah pertama itu harus bermula dengan pemain itu sendiri di mana mereka boleh berhubung secara sulit dengan MFL atau Unit Perundangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) usah bercakap kepada media.

“MFL memberi jaminan pihaknya akan melindungi maklumat peribadi pemain yang membuat aduan terhadap isu berkenaan,” katanya.

Stuart berkata MFL, FAM dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) sedia membantu para pemain yang berdepan dengan masalah gaji sekiranya mereka menerima laporan daripada mereka.

Bagaimanapun, beliau menyatakan siasatan rapi akan dilakukan pihaknya bagi mencari kebenaran di sebalik laporan atau aduan diterima oleh pemain.

“Harus diingat, dalam perundangan ada pihak yang benar atau sebaliknya dan ini tidak bermakna pemain itu betul pasukannya salah. Kami akan menyiasat terlebih dahulu laporan diterima,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: