Badminton

Langkah BAM dipuji, lima pemain remaja perseorangan wanita ‘naik pangkat’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Norshuhaini yang berusia 17 tahun kini berada di Denmark bagi menyertai saingan Piala Uber.

RATA-rata peminat badminton tanah air memuji tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengambil langkah ‘menaik pangkat’ lima pemain remaja perempuan ke kategori senior.

BAM dalam satu kenyataan pada Khamis, mengumumkan ‘fast track promotion’ lima pemain junior ke skuad senior kebangsaan bagi acara perseorangan wanita berkuatkuasa serta merta.

Keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan Persatuan bagi mengukuhkan lagi bahagian kategori tersebut.

Sebahagian daripada komen-komen peminat badminton tanah air yang memuji langkah BAM.

Lima pemain terpilih adalah Joaanne Ng (18 tahun), Tan Zhing Yi (18), Khor Jing Wen (18), Loh Zhi Wei (18) dan Siti Nurshuhaini Azman (17) yang kini beraksi bersama pasukan Piala Uber negara di Denmark.

Kesemua pemain ini akan berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Indra Widjaja dan jurulatih Loh Wei Sheng.

Dengan penampilan lima pemain muda ini, skuad wanita perseorangan negara kini dibarisi sembilan orang kesemuanya termasuk S.Kisona (23), Eoon Qi Xuan (21), Myisha Mohd Khairul (19) dan K.Letshanaa (18).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: