Bola Sepak

Hadi Fayadh kembali ke padang lebih awal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hadi Fayadh dijangka kembali bersama pasukan mengharungi saingan pada hujung tahun ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENYERANG kebangsaan Bawah 23 tahun negara , Hadi Fayadh Abdul Razak dijangka kembali beraksi bersama kelab Liga 3, Jepun Azul Numazu, Disember nanti selepas proses pemulihan kecederaannya yang dialaminya menunjukkan peningkatan.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, Fayadh dijangka akan beraksi semula pada awal Disember ini memandangkan Liga Bola Sepak Jepun (Jleague) masih lagi berlangsung sehingga Disember 2021.

“Saya baru bertanya kepada beliau (Hadi Fayadh) berkaitan perkembangannya, dia sudah boleh berlari dan berlatih dengan bola cuma sedikit kurang pada kaki sebelah kanan.

“Jurulatih fizikal dan doktor pasukan telah menyediakan program pemulihannya dan mereka mengatakan bahawa semuanya adalah dalam keadaan yang baik.

“Mereka berharap agar Hadi dapat menyertai pasukan sebelum musim ini berakhir pada pertengahan Disember ini” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Penajaan kepada Persatuan Sukan Orang Pekak (MSDeaf) yang berlangsung di Pusat Sukan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sebentar tadi.

Pada majlis berkenaan,, Yakult Malaysia memberikan tajaan berbentuk wang tunai dan juga barangan yang bernilai RM60,000. Tajaan ini merangkumi wang tunai sebanyak RM50,000 serta minuman probiotik Yakult dan pakaian sukan yang bernilai RM 10,000.00

Pemain Kelantan United, Masashi Motoyama yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Jepun memberi sumbangan peribadi berupa wang tunai sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Sukan Orang Pekak (MSDeaf)

Untuk rekod, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang dipinjamkan ke kelab Divisyen 3, J3-League, Azul Claro Numazo disahkan mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) dan kembali ke pasukannya Fagiano Okayama untuk menjalani rawatan dan pemulihan.

Pemain berusia 23 tahun itu telah pun mengalami kecederaan pada lutut kanannya pada 23 Mac lalu ketika sesi latihan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: