Bola Sepak

Pesanan Mbappe buat Messi dan Neymar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mbappe dan Neymar adalah gandingan berbisa buat PSG dan kedua-duanya telah menghadiahkan 9 piala, termasuk 3 gelaran Ligue 1 dan 3 gelaran Piala Perancis.

 

PENYERANG Paris Saint-Germain,  Kylian Mbappe mahu rakan gandingannya Lionel Messi dan Neymar beraksi sebagai satu pasukan dan bukannlah lebih kepada individu.

Tegasnya, beraksi dibahagian hadapan, seharusnya ia perlu diterjemahkan dengan kerjasama semua pemian.

“Apabila anda bermain di depan, anda harus berkongsi kek sehingga ketiga-tiganya dapat merasainya .

“Anda tidak boleh mengatakan bahawa anda akan menyerahkan kepada satu pemain dan bukan pemain yang lain.”

“Anda harus pintar. Akan selalu ada saat-saat kekecewaan, tetapi satu-satunya keinginan adalah memastikan PSG menang,” katanya.

Mbappe telah menjadi penyerang utama PSG sejak 2017 yang dibawa masuk dari AS Monaco dimana penyerang berusia 22 tahun telah menjaringkan 136 gol untuk Les Parisiens.

Mbappe dan Neymar adalah gandingan berbisa buat PSG dan kedua-duanya telah menghadiahkan 9 piala, termasuk 3 gelaran Ligue 1 dan 3 gelaran Piala Perancis.

Musim ini, PSG membawa Lionel Messi selepas penyerang Argentina itu tidak melanjutkan kontraknya bersama bekas kelabnya, Barcelona.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: