Bola Sepak

Liga M3 2021 batal!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LIGA Bolasepak Amatur (AFL) mengumumkan pembatalan pertandingan anjurannya iaitu Liga M3 musim 2021.

“AFL pada dasarnya ingin meneruskan pertandingan dengan pilihan untuk menganjurkannya secara gelembung sukan bermula November 2021 dan telah membentangkan kertas kerja kepada semua pasukan.

“Namun begitu, pembatalan diputuskan setelah mengambil kira segala faktor termasuk hal-hal pengoperasian, aspek keselamatan serta kekangan yang dihadapi oleh AFL dan pasukan.

“Majoriti pasukan turut bersetuju agar Liga M3 2021 ini dibatalkan dan mengalihkan fokus sepenuhnya kepada Liga M3 2022,” kata Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Liga M3 2022 dirancang untuk membuka tirainya seawal Februari tahun hadapan dan AFL akan mengekalkan penyertaan kesemua Pasukan yang telah disahkan penyertaannya bagi Liga M3 2021.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: