Badminton

Pemain di kelompok 10 terbaik bakal nikmati kenaikan gaji

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Norza (tengah) pada sidang media selepas majlis meraikan pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Son Wooi Yik, di BAM, hari ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KENAIKAN gaji sekali ganda bakal dinikmati pemain -pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan untuk meneliti semula bonus pemain dan jurulatih termasuk gaji pemain yang bernaung di bawah badan induk itu.

“Saya rasa kenaikan 100 peratus untuk pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik, macam contoh kalau pemain itu berada dalam kelompok ini, kalau dahulu gaji dia sekita RM15,000 selepas ini akan menjadi RM30,000.

“Itu adalah termasuk bonus, penerbangan kelas bisnesd dan sebagainya,” katanya pada majlis meraikan pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Son Wooi Yik yang meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik baru-baru ini.

Aaron Chia dan Wooi Yik menerima ganjaran sebanyak RM180,000 termasuk RM60,000 daripada penaja 100Plus selain jurulatih mereka, Flandy Limpele menerima ganjaran sebanyak RM30,000.

Norza turut memaklumkan, pemengang pingat emas Sukan Paralimpik, Cheah Liek Hou akan menerima insentif sebanyak RM200,000 daripada badan induk itu selain RM50,000 akan diberikan kepada jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek diatas kejayaan membawa pulang pingat emas dalam acara badminton di Paralimpik Tokyo 2020.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: