Bola Sepak

Kedah tanpa Sherman dan Ataya untuk baki Liga Super

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sherman kini merupakan penjaring terbanyak pasukan.

KEDAH Darul Aman FC kehilangan dua pemain importnya, Rabih Mohamed Ataya dan Kpah Sherman yang disenaraikan bagi membantu pasukan kebangsaan menghadapi Ketiga Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 (Zon Asia) bermula 31 Ogos hingga 9 September 2021.

Kedua-dua pemain ini bakal menyertai pasukan kebangsaan Lubnan dan Liberia dan dijangka terlepas baki tiga perlawanan Liga Super.

“Pemain tengah KDA FC, Ataya cemerlang membantu KDA FC dalam lima perlawanan sebelum ini dengan menjaringkan dua gol pastinya lebih bersemangat untuk menghadapi tugas yang lebih mencabar bersama pasukan Kebangsaan Lubnan nanti.

“Berdasarkan jadual, Kpah Sherman yang menyertai pasukan Liberia akan menghadapi lawan yang sangat berpengalaman iaitu Nigeria pada Jumaat, 3 September 2021 di Stadium Teslim Balogun, Lagos.

“Kami di KDA FC turut teruja apabila penjaring terbanyak pasukan ketika ini dan pemain tengah Lang Merah dipanggil memperkuatkan pasukan kebangsaan masing-masing.
” Selamat maju jaya buat  Ataya serta Sherman dan buatlah yang terbaik,” jelas KDA FC menerusi kenyataan yang disiarkan FB pasukan, sebentar tadi.
Ataya sentiasa memberikan impak postif terhadap jentera tengah Lang Merah.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: