Bola Sepak

Kemenangan ke atas JDT II adalah panduan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Kurniawan mahu pemainnya terus fokus dan perbaiki beberapa kelemahan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEMENANGAN 3-1 mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT II) adalah sebagai panduan serta langkah bagi menghadapi perlawanan seterusnya yang pastinya mencabar.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, semua pemain perlu terus komited serta fokus kepada perlawanan seterusnya.

“Jangan terlalu yakin..fokus kepada perlawanan persahabatan lain. Tempoh rehat selama dua bulan agak panjang.

“Namun kita yakin akan gunakan perlawanan persahabatan ini untuk mengukur kemampuan pemain-pemain kita disamping menguji keserasian dalam kalangan pemain lama dan baharu,” katanya.

Saddil Ramdani sentiasa konsisten setiap kali diturunkan beraksi.

Mengakui beberapa kesilapan dilakukan pemainnya, Kurniawan mahu ia diperbaiki dalam perlawanan akan datang.

“Pada separuh masa kedua kita nasihatkan ini hanya perlawanan persahabatan, sepatutnya tidak perlu ada tekanan dalam kalangan mereka.

“Terus fokus serta bermain dalam situasi yang biasa,” katanya.

Pada perlawanan latihan persahabatan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu, Sabah FC bangkit  selepas bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk memenangi perlawanan dengan jaringan 1 – 3.

Gol JDT II dijaringkan Amirul Husaini Zamri pada minit ke 16 manakala Park Taesu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 32 selepas menyempurnakan umpanan daripada Saddil Ramdani.

Memasuki babak kedua, Saddil sekali lagi bertindak cemerlang apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti JDT II berjaya ditanduk masuk pemain import Croatia, Josip Ivancic (Yoyo) pada minit ke 50.

Bobby Gonzales yang masuk menggantikan Josip Ivancic di pertengahan babak kedua turut melakar nama sebagai penjaring gol apabila berjaya menewaskan penjaga gol JDT II pada minit ke-81 untuk gol ketiga Sabah FC selepas menerima umpanan daripada pemain muda, Mohamad Sahrizan Saidin.

Sabah FC akan bertemu JDT II sekali lagi esok di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin bermula pukul 9:00 malam ini.

Selepas saingan Liga Malaysia berehat panjang, The Rhinos bakal memulakan aksi Liga Super menentang PJ City FC, 24 Julai nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: