Badminton

Antarabangsa Sepanyol: Kai Wun-Mei Xing ke suku akhir beregu campuran

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image

GANDINGAN Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing meneruskan kemaraan sebagai wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran badminton Kejohanan Antarabangsa Sepanyol apabila mengesahkan tiket ke suku akhir.

Kemaraan mereka lebih manis selepas mengetepikan pilihan keempat, Dominik Stipsits-Serena Au Yeong dari Austria 21-10, 21-17 dalam masa 27 minit.

Kai Wun-Mei Xing jelas tidak tergugat dengan lawan yang menduduki ranking ke-119 dunia berbanding mereka yang sekadar di tangga ke-832.

Di suku akhir nanti, mereka akan menentang wakil tuan rumah, Victor Martin-Haidee Ojeda yang mara selepas menundukkan gandingan senegara, Jose Molares-Elena Lorenzo 21-17, 21-14.

Sementara itu, dalam aksi pusingan pertama beregu lelaki awal pagi tadi waktu Malaysia, gandingan negara, Loo Bing Kun-Lwi Sheng Hao menerima kemenangan percuma daripada pasangan Kanada/Mexico, B R Sankeerth-Job Castillo.

Namun, laluan pasangan Nurfirdaus Azman-Yap Roy King, yang mara menerusi pusingan kelayakan, terhenti apabila tewas 18-21, 29-30 kepada wakil Denmark, Philip Illum Klindt-Mikkel Stoffersen.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: