Lain-Lain

‘I Am Nicol David’ bakal papar kisah hidup ratu skuasy tanah air

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MASIH mengekalkan gelaran ‘ratu’ skuasy negara biarpun sudah menggantung raket, kisah Datuk Nicol David akan difilemkan dalam satu biopik berjudul ‘I am Nicol David’.

Juara dunia lapan kali itu membuat pengumuman di laman media sosialnya semalam sekaligus menerima reaksi teruja di kalangan pengikutnya.

“Saya selalu mengimpikan satu hari nangti untuk menceritakan kisah saya dan mampu memberi inspirasi kepada setiap orang untuk bekerja keras mencapai apa yang mereka mahukan dan sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan lebih besar.

“Saya sungguh bertuah berpeluang bekerjasama dengan ACE Pictures yang berkongsi perasaan ini dan saya tidak sabar-sabar untuk memulakannya! Ia satu perjalanan yang panjang dan sata teruja untuk mengharapakan sokongan anda melaluinya,” tulisnya di ruangan Facebook.

Bekas pemain berusia 37 tahun ini memegang rekod nombor satu dunia selama 108 bulan berturut-turut dan kedudukan 10 teratas selama 151 bulan.

Nicol memenangi 81 gelaran Juara Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam kerjaya profesionalnya selama hampir 20 tahun.

Bintang kelahiran Pulau Pinang ini merupakan atlet Sukan Asia paling berjaya dengan meraih tujuh pingat emas secara keseluruhan.

Beliau dimahkotakan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia pada Februari tahun ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: