Olahraga

KOM badan politik atau Persatuan Sukan Kebangsaan?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SURYATI MOHD NOR

BEKAS Presiden Persatuan Jurulatih-Jurulatih Olahraga Kebangsaan (MTFCA) Datuk Mohd Musa Noor Mohd meluahkan kebimbangan mengenai hala tuju pembangunan sukan olahraga di Malaysia.

Jelas Mohd Musa yang juga merupakan bekas Pengarah Pengarah Pusat Prestasi Tinggi Olahraga Asia (IAAF HPTC) mendedahkan kepimpinan yang ada sekarang ada sekarang lebih pentingkan kedudukan daripada menambah usaha untuk memajukan sukan ini .

“Dalam bab ini kita seharusnya bersyukur kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kerana merekalah kita boleh bernafas lega walaupun pencapaian kurang diperingkat kebangsaan, namun sekurang-kurangnya mereka mengambil tanggungjawab Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) demi cintakan pembangunan sukan olahraga ini.

“Saya berpendapat apabila seseorang yang memegang jawatan dan tidak berani membawa kepada kemajuan mahupun pembangunan sukan berkenaan, seharusnya jangan bertanding dan bersetuju untuk dipilih.

“Seseorang yang hendak menjadi pemimpin harus berani melawan serta mengatasi segala kekangan dan rintangan walaupun akan kehilangan jawatan pada pilihan akan datang. Tidak peduli risiko itu kerana kita mahu jadi pemimpin dan bukannya nak jadi pengikut yang perlu mengipas semua demi jawatan,” jelasnya yang kini memegang Presiden Persatuan Olahraga Daerah Temerloh dan Jk Teknikal Majlis Sukan Pahang.

Kes terbaharu yang melibatkan KOM

Sukan Olimpik bakal berlangsung tidak lama lagi seandainya pendemik Covid-19 boleh dikawal serta dibenarkan oleh pihak WHO dan Majlis Olimpik Dunia.

“Dalam proses itu, untuk melayakkan sebagai seorang atlet, wajib melepasi had kelayakan yang ditetapkan oleh badan dunia sukan berkenaan. Contohnya di sini untuk olahraga adalah Badan Olahraga Dunia (World Athletic/ dulu dikenali sebagai IAAF).

“Biarpun KOM dilihat sebagai ‘Badan Politik Terhebat’ akan tetapi dengan sokongan dan kerjasama MSN/MSSM ada juga atlet-atlet yang bersinar untuk diberi perhatian dan dipilih.

“Dalam isu ini, hanya seorang sahaja atlet negara sahaja yang layak iaitu Lee Hup Wei, secara automatik selepas berada tempat ke-8 pada Sukan Olahraga Dunia di Doha 2019.

Hup Wei layak ke Sukan Olimpik Tokyo secara ‘wildcard’.

 

“Ia adalah ketetapan Badan Olahraga Dunia apabila atlet-atlet yang mengambil bahagian di peringkat dunia anjurannya secara automatik yang mendapat tempat pertama hingga kelapan akan layak ke Sukan Olimpik dengan semua perbelanjaan ditanggung badan induk olahraga ini,” jelasnya kepada CakapSukan.

Sebagai rekod, had kelayakan bagi acara lompat tinggi yang telah ditetapkan adalah 2.33 meter dan pencapaian Lee Hup Wei adalah 2.29m.

“Oleh kerana tiada siapa yang mengatasi kelayakan berkenaan maka Hup Wei secara automatik telah layak kecuali jika terdapat atlet lain yang berjaya melakukan ketinggian 2.33 meter.

“Dalam proses ini, yang layak dengan 2.33m akan terpilih, manakala Hup Wei pula masih berpeluang dengan syarat KOM perlu menjalankan tugas segera berkomunikasi dengan Badan Olahraga Dunia itu”.

Proses pemilihan atlet dan kelayakan

Semua pemilihan bagi mana-mana sukan antarabangsa untuk penyertaan atet-atlet olahraga adalah menerusi budi bicara Jawatan kuasa Pemilihan yang akan bersidang dan mencadangkan nama-nama kepada Majlis KOM untuk kelulusan dan persetujuan dan akan dihantar kepada MOM (Majlis Olimpik Malaysia) bagi sokongan terakhir.

“Sepatutnya KOM sudah pun pilih Hup Wei dan acaranya adalah lompat tinggi iaitu satu acara padang yang memerlukan kepakaran dan pengetahuan dalaman teknikal yang hanya boleh dilakukan oleh seorang jurulatih yang bertauliah.

“Badan Olahraga Dunia biasanya akan memberikan ruang lebih kurang 10 meter kepada jurulatih atlet berkenaan untuk membantu semasa pertandingan dijalankan.

“Namun penamaan jurulatih Hup Wei ke temasya berkenaan, tampaknya KOM telah membuat kesilapan dengan sengaja menamakan salah seorang Setiausaha (SU) dari persatuan olahraga Negeri,” tambah Mohd Musa.

Situasi pelik

“Apa yang mampu dilakukan oleh SU berkenaan kecuali melobi untuk mengukuhkan jawatan presiden KOM bagi pemilihan akan datang.

“Situasi ini akan memberi impak yang kurang baik kepada Hup Wei kerana tiada siapa yang berkelayakan untuk membantunya… dan kemungkinan juga atlet ini tidak menyertai temasya tersebut kerana kesilapan KOM!.

“Apa yang pasti, jelas sekali para kepimpinan KOM yang kurang berpengetahuan, lebih-lebih lagi presidennya yang hanya sasar untuk kekal jawatan bagi penggal akan datang.

“Seandainya gejala-gejala sebegini masih berlarutan tanpa pengawalan, maka sukan olahraga yang dilihat seperti ‘nyawa-nyawa ikan’ kini akan terus ghaib!,” tegas Mohd Musa.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: