
Memang terdapat perbezaan permainan dari kedua jurulatih tersebut. Guardiola lebih gemar menekankan penguasaan hantaran bola pendek dan kemampuan individu para pemainnya, sementara Tuchel memaksimakan pola serangan balas yang berstruktur dengan memanfaatkan di celah pertahanan lawan.
Tidak akan mudah bagi Guardiola untuk ‘menghancurkan’ pasukan yang sudah mengalahkan The Citizens, dan hanya bolos dua kali di Liga Juara-Juara sejak Chelsea dikemudi Tuchel pada separuh kedua musim ini.
Ia boleh menjadi medan balas dendam Tuchel kerana sepanjang dia berada di Bundesliga, ketika mengendalikan Mainz 05 atau Dortmund, dia selalu kalah menentang Bayern yang pada masa itu di bawah regim Guardiola.
Cakap Sukan menjangkakan kedua-dua pengurus itu pasti akan membuat perubahan-perubahan taktik sekaligus menyebabkan lawan masing-masing memerah idea menjelang pertemuan pada final awal pagi esok.
Kepada peminat bola sepak di Malaysia, selamat menonton dengan tenang ya !
Add Comment