Lain-Lain

Ganguan seksual terhadap Cindy Ong, tiada kompromi terhadap jurulatih mahupun pegawai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memandang serius pengalaman pahit gangguan seksual yang dilalui Cindy Ong semasa beliau berada dalam pasukan renang negara satu ketika dahulu seperti dilapor di dalam media.

Menterinya, Datuk Seri Rezal Merican Naina Merican berkata, perkara seperti ini boleh terjadi dan terus terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira atlet, pegawai, jurulatih mahupun staf sokongan, lelaki atau wanita sekiranya tiada tindakan diambil.

“Saya telah arahkan pegawai saya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menghubungi Cindy serta membantu untuk membuat laporan polis terhadap perbuatan jijik yang berlaku.

“Saya juga akan pastikan MSN memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan mereka. Kepada saya, tiada kompromi dan tiada perlindungan untuk mana-mana jurulatih dan pegawai jika didapati bersalah.

“Gangguan sebegini tidak seharusnya berlaku pada mana-mana atlet negara. Setiap atlet dan pegawai harus berada dalam suasana yang selamat di dalam pusat latihan kebangsaan.
“Tanpa berselindung, saya juga berkongsi rasa amarah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap beliau dan atlet lain,”jelasnya menerusi kenyataan disiarkan di laman rasmi FB miliknya sebentar tadi.
Reezal turut memaklumkan, KBS dan MSN akan memberikan sokongan penuh dan juga terus memperkasa platform-platform kepada atlet dan pegawai untuk mudah tampil melaporkan jika ada sebarang insiden antaranya seperti Jawatankuasa Perwakilan Atlet MSN; Jawatankuasa Salah Laku & Gangguan Dalam Sukan MSN; dan juga Suruhanjaya Atlet di bawah Majlis Olimpik Malaysia.
“KBS akan terus menyokong inisiatif untuk memastikan isu gangguan seksual di kalangan atlet dan bakal atlet dapat ditangani secara menyeluruh.
“Jangan kita normalisasikan gangguan seperti ini tanpa sebarang tindakan. Kita semua ada keluarga, anak, isteri, adik-beradik yang mungkin terdedah kepada ancaman seperti ini. Berat untuk kita lalui dengan perasaan tidak dapat melindungi orang yang kita sayang.
“Tidak ada ruang untuk perkara sebegini terus berlaku dan mengganggu usaha pembangunan bakat dan sukan negara,” katanya.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: