Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Apa khabar mental pemain-pemain Harimau Malaya?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan perlawanan persahabatan terakhir sebelum aksi Pusingan Kelayakan 2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 3 Jun ini. Foto: FAM

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

SKUAD Harimau Malaya berlepas dari Dubai ke Manama, Bahrain hari ini bagi meneruskan kem latihan pusat dan perlawanan persahabatan menjelang bagi tiga perlawanan Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Apa yang pasti di Manama ini dianggap peluang terakhir buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe mencuba ramuan atau taktikal baharu selepas tewas 1-4 kepada Kuwait Ahad lalu dalam siri perlawanan latihan.

Seperti yang diluahkan Cheng Hoe selepas perlawanan itu, bahawa barisan kejurulatihan tidak berpuas hati dengan aksi pemain-pemainnya, tetapi sudah mengenal pasti yang kekurangan yang perlu diperbaiki.

Hakikatnya, Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Bahrain ini bukan juga tugas mudah buat Harimau Malaya memandangkan rekod baik pasukan ke-99 ranking dunia ini pada tahun lalu dengan mencatat kemenangan dalam tiga siri persahabatan tahun lalu bertemu Tajikistan, Lebanon dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), manakala Mac lalu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Syria dan tewas 1-2 kepada Jordan.

Cheng Hoe dijangka memperbaiki taktikal menjelang perlawanan persahabatan bertemu Bahrain 28 Mei ini. Foto: FAM

Malah dua hari lalu, anak buah Helio Sousa ini mengikat seri 1-1 ke atas juara kumpulan kelayakan Euro 2020, Ukraine.

Pemain-pemain Harimau Malaya ini pastinya sudah peka dengan kelibat ‘ayam tambatan’ Bahrain Mohamed Al Romaihi yang merupakan ‘mesin gol’ dengan meledak 10 gol dalam 25 penampilan bersama skuad negaranya itu.

Namun di sebalik tumpuan kepada perlawanan persahabatan penting ini, fokus juga mungkin terganggu dengan keputusan perlawanan persabahatan UAE yang membelasah Jordan 5-1 pada Isnin.

UAE merupakan salah satu pasukan yang bakal dihadapi pasukan negara pada aksi pusingan kelayakan 3 Jun ini, selain Vietnam, dan Thailand.

Ternyata secara tidak langsung pasukan UAE yang dibimbing Bert Van Marwijk ini mula melancarkan perang psikologi kepada skuad negara selepas merakam keputusan ‘garang’ ke atas Jordan itu.

Bagaimanapun, sebagai pasukan yang mempunyai barisan pemain-pemain berpengalaman, apa sahaja keputusan yang dicatat sebelum aksi sebenar perlawanan ini diharap tidak akan mengganggu konsentrasi skuad negara.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: