Sepak Takraw

Giliran Astaka umum penarikan diri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kenyataan akhbar Astaka mengenai keputusan penarikan diri sebagai ahli gabungan PSM.

 

PERSATUAN Sepak Takraw Sabah (Astaka) membuat keputusan penarikan diri sebagai ahli gabungan  Persatuan Sepak Takrawa Malaysia (PSM) berkuatkuasa serta merta.

Presiden Astaka, Datuk Awang Sham Amit berkata, pihaknya mengambil maklum dan memandang serius keputusan yang telah dibuat oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) berhubung penyingkiran PSM sebagai ahli gabungannya pada 20 Mei 2021.

“Isu ini akan menjejaskan sukan sepaktakraw negara pada masa akan datang.

“Bagi memastikan kelangsungan pembangunan sukan sepaktakraw negara, Astaka melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif bertarikh 22 Mei 2021 memutuskan penarikan diri sebagai ahli gabungan PSM berkuatkuasa serta merta,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Awang Sham berkata, pada masa sama Astaka menyokong usaha penubuhan persatuan badan induk negara yang baru bagi mempastikan kelangsungan sukan sepaktakraw terus maju ke hadapan.

“Kami dengan setulus hati mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PSM serta barisan kepimpinannya atas segala usaha dan bakti yang telah ditaburkan kepada sukan sepaktakraw negara sepanjang penubuhannya,” tegasnya.

Antara yang turut keluar daripada ahli gabungan badan induk berkenaan adalah Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (PESTAK) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) dengan yang terbaru dari Persatuan Sepak Takraw Perak (PERSEDAR), Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: