Badminton Terkini

Agong bangga dengan kejayaan Lee Zii Jia


Yang di-Pertuan Agong mengucapkan tahniah kepada Lee Zii Jia

KEJAYAAN Lee Zii Jia menjuarai All England terus mendapat penghargaan dan kali ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pemain negara itu.

Ucapan itu dibuat menerusi laman sosial Instagram istana_negara dan menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian berkenaan.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa suka cita dan bangga atas kejayaan Lee Zii Jia yang sekali gus menjulang dan mengharumkan nama negara di persada dunia. Sesungguhnya, kejayaan beliau pasti menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada Lee Zii Jia untuk berlatih lebih keras untuk menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan.

“Seri Paduka Baginda mengucapkan selamat maju jaya kepada Lee Zii Jia, semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama negara di persada dunia.”

Dalam masa sama, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar kejayaan beliau ini juga menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Badminton Malaysia, di bawah teraju Tan Sri Mohamad Norza bin Zakaria, dan barisan kejurulatihan atas kejayaan Lee Zii Jia.”


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading