Bola Sepak Komentar Terkini

BERAT SAMA DI PIKUL RINGAN SAMA DI JINJING

OLEH MOHD FARIQ

TATKALA penyokong-penyokong masih menaruh harapan mengunung terhadap pihak kerajaan untuk membuka sektor bola sepak tempatan, penulis sebenarnya memiliki hajat untuk berkata sesuatu.

Sejak sektor bola sepak negara ditutup disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu, kita semua melihat banyak impak negatif telah terpalit kepada pasukan-pasukan bertanding di dalam Liga Malaysia dalam tempoh pandemik Covid-19.

Bagaimanapun dalam masa yang sama juga penulis melihat usaha yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam misi menjayakan pelancaran liga bagi tahun 2021.

Hamidin semasa menyerahkan jersi baru pasukan Kebangsaan (Harimau Malaya) kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hamidin seperti yang penulis kenali sejak 30 tahun lalu adalah seorang yang gemar bekerja di belakang tabir dan tidak gemar mencuri publisiti, kekal konsisten berusaha keras dalam memastikan Liga Malaysia musim 2021 dapat dijalankan termasuk mengemukakan permohonan kepada pihak kerajaan untuk membeli terus vaksin Covid-19 .

Namun suka atau tidak untuk diingatkan, keringat Hamidin, seorang sahaja masih belum cukup untuk membantu permasalahan yang berlaku sepanjang pandemik Covid-19.

Jika diikutkan pengamatan penulis, Exco FAM merangkap Ahli Lembaga Pengarah MFL, Christopher Raj antara yang lantang memperjuangkan agar pihak kerajaan membuat pertimbangan supaya membuka kembali sektor bola sepak tempatan.

Christopher Raj antara yang lantang memperjuangkan agar kerajaan membuat pertimbangan membuka sektor bola sepak tempatan.

Selain Christopher, segelintir pegawai juga ada lantang bersuara berkenaan bola sepak negara dan menunjukan penuh jiwa raga untuk memastikan bolasepak terus ke hadapan

Akan tetapi ia masih belum mencukupi jika hanya segelintir yang terus berusaha sebegini

Seperti kata bidalan, lalu penjahit maka lalulah kelindan, penulis percaya kerjasama daripada semua pihak hanya dapat menyakinkan pihak kerajaan iaitu objektifnya adalah seluruh rakyat Malaysia mahu saingan Liga Malaysia dapat dijalankan pada tahun ini.

Buatlah apa yang perlu, turunlah padang membantu dan sekurang-kurangnya berprinsip ketika menjawat jawatan dalam organisasi bola sepak negara kerana kalian adalah orang yang diamanatkan untuk membantu FAM, khususnya Presiden FAM dan MFL, Hamidin.

Dalam peringkat sekarang kita semua melihat media dan rakyat sedang memujuk kerajaan agar dapat membenarkan kejohanan bola sepak dapat dijalankan.

Begitu juga dengan pemilik-pemilik kelab Liga Malaysia yang telah menyuarakan pandangan mereka supaya aksi domestik dibenarkan berlangsung selaras Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kini, harapan itu telah berpindah kepada orang-orang penting dalam bola sepak dan penulis termasuk penyokong-penyokong tidak lagi sanggup melihat Liga Malaysia dibatalkan pada musim ini.

Terengganu FC dilihat antara sebahagian pasukan yang gigih mempersiapkan pasukan menghadapi saingan musim ini sebelum PKP dilaksanakan.

Buktikan penulis SILAP dan buktikan kepada semua bahawa barisan pegawai tertinggi bola sepak negara sebenarnya memiliki jiwa dan semangat untuk menyelamatkan bola sepak tempatan.

Benar ia bukan mudah tetapi dalam masa yang sama ia juga bukan mustahil.

Jika semua bersatu hati, lantang bersuara seperti segelintir di antara rakan rakan sejawat seangkatan kamu jugak, pasti ia akan memberi inpak lagi besar dalam usaha ini.

Akhir kata daripada penulis, bola sepak bukan sekadar sukan tetapi satu industri yang cukup penting melibatkan ekonomi, jiwa dan medan penyatuan bangsa serta agama.

**Mohd Fariq mempunyai pengalaman sebagai penulis bolasepak lebih 25 tahun

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading