Semasa Sepak Takraw

PSM yakin kepakaran tenaga tempatan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tok Mat yakin dengan kemampuan tenaga tempatan pada musim 2021.

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail yakin dengan kemampuan tenaga pakar tempatan yang lebih memahami situasi dalam pasukan dan kehendak persatuan dalam menghadapi saingan musim 2021.

Ujarnya, walaupun PSM meletakkan sasaran mahu mencipta lebih banyak kejayaan pada musim 2021, namun tidak bermakna perlu menggunakan khidmat jurulatih asing untuk merealisasikan impian itu.

“Kita masih meletakkan kepercayaan kepada barisan jurulatih tempatan kerana mereka juga tidak kurang hebatnya dan lebih mengetahui mengenai sukan rakyat ini.

“Selain itu, sepak takraw juga sebenarnya berasal dari negara kita dan untuk itu juga tidak perlu khidmat jurulatih asing pada masa ini,” katanya.

Diminta mengulas perkembangan Liga Sepak Takraw (STL), Ahmad atau lebih mesra di kenali Tok Mat memaklumkan kejohanan berkenaan akan berjalan seperti biasa selepas tamat tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Sudah tentu kita merancang pelbagai aktiviti dan kejohanan pada musim 2021 kerana ia penting bagi mengekalkan momentum pemain yang sudah lama berehat.

“Setakat ini, tiada pasukan yang menarik diri akibat masalah kewangan, malah mereka tidak sabar untuk beraksi pada STL.

“Tambahan pula, PSM ada memberikan peruntukan kepada pasukan yang menyertai STL, oleh itu tidak timbul masalah kewangan kepada mereka,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: