Bola Sepak

Tetap potong tiga mata biarpun Kedah langsai tungakkan gaji


FOTO KDA FC

Badan bebas, First Instance Body (FIB) hari ini mengesahkan bahawa kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 20 April lalu.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, perkara itu disahkan berdasarkan surat bertarikh 18 April serta dokumen pembayaran yang telah diserahkan kepada MFL yang kemudiannya disemak oleh FIB.

Menurutnya, KDA FC telah berjaya melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai Liga Super, pasukan bawah 23 tahun, bawah 20 tahun dan bawah 18 tahun.

“FIB bagaimanapun mengekalkan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM 50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh akhir 30 Mac 2024 sebelum FIB memberi lanjutan masa sehingga 20 April 2024,” katanya.

Bagaimanapun terdapat dua pemain yang masih belum mendapat bayaran berikutan kes masih dalam perbicaraan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC) iaitu Lee Andrew Tuck dan Jonathan Boareto dos Reis.

Namun kesemua bayaran tunggakan seperti yang diarahkan oleh FIB telah berjaya diselesaikan oleh KDA FC bagi membolehkan KDA FC kekal mendapat Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024-2025.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading