Bola sepak penyambung tali persahabatan

Belakang kiri – Kamarulzaman Yusoff, Razip Ismail, Mat Zan Mat Aris dan Ghazali
Depan kiri – Reduan Abdullah Datuk Abdah Aliff dan Abu Bakar Atan.

Tali persahabatan melalui bolasepak nyata terserlah apabila beberapa bekas pemain kebangsaan berkumpul di kediaman Datuk Abdah Alif di Putrajaya hari ini.
Betapa tidaknya, Datuk Abdah sendiri masih teruja dengan perkembangan bolasepak tanahair selaku bekas pemain negara yang pernah membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.
Kunjungan rakan-rakan lama menjenguk Datuk Abdah, 65 tahun, yang baru pulih daripada menjalani pembedahan barah prostate minggu lalu, banyak berkisar cerita perkembangan bolasepak tanahair, khususnya topik pasukan kebangsaan dan liga Malaysia.
Datuk Abdah nyata ceria menerima kehadiran bekas2 pemain pemain kebangsaan yang diketuai bekas tonggak Selangor, Reduan Abdullah bersama Kamarulzaman Yusof, Mat Zan Mat Aris danRazip Ismail.
Turut hadir bekas pegawai Majlis Sukan Negara, Ghazali Hassan dan Abu Bakar Atan.
Datuk Abdah sempat mengimbas kemantapan skuad Olimpik negara yang menewaskan Korea Selatan 2-1 untuk layak ke Sukan Olimpik 1980.
Berpuluh kejuaraan Piala Malaysia, pingat emas Sukan SEA dan Pestabola Merdeka dikecapi oleh mereka jika dihimpunkan senarai pencapaian Datuk Abdah bersama Reduan, Kamarulzaman, Mat Zan dan Razip.
Semangat cintakan bolasepak telah menyemai tali persahabatan yang istimewa di antara mereka sejak awal tahun 1980an lagi.
Banyak juga keluar cerita kehebatan pemain dulu-dulu seperti Mokhtar Dahari (Selangor), Soh Chin Aun (Selangor), R Arumugam (Selangor), Wan Zawawi (Kelantan), Sulaiman Rejab (Terengganu).
“Syukur kami dapat menjenguk Datuk Abdah yang beransur pulih daripada pembedahan. Semoga kesihatan beliau bertambah baik,” kata Reduan, pemain yang seangkatan Abdah.
Abdah mula mewakili negara setelah beraksi lincah di barisan tengah pasukan Terengganu dan Pahang pada lewat tahun 1970an.
Abdah yakin bolasepak Malaysia mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan 70an dan 80an sambil menyeru semua pihak agar sentiasa memberikan sokongan padu kepada sukan nombor satu negara.
===ends===

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: