
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) hari ini melancarkan FIFA Women’s Football Campaign 2026 menerusi program Sukan Untuk Gadis Remaja (SUGAR) sebagai usaha memperluaskan penyertaan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam sukan bola sepak di seluruh negara.
Bertempat di SMK Putrajaya Presint 8 (1), majlis pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Pengarah Teknikal Bola Sepak Wanita FAM, Soleen Al-Zou’bi bersama Ketua Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya.
Majlis pelancaran hari ini melibatkan penyertaan 90 orang murid perempuan berusia antara 13 hingga 16 tahun bersama 10 orang guru.








Add Comment