Bola Sepak Terkini

Usah pandang rendah kemampuan Laos : Cheng Hoe

Apa yang penting ialah kita memanfaatkan peluang yang dicipta apabila menjana serangan dengan menjadi klinikal di hadapan gol.

KETUA jurulatih sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak memandang rendah kemampuan Laos meskipun tewas 0-5 di tangan Thailand pada aksi pembukaan.

Jelasnya, Laos memiliki barisan pemain yang sangat muda sekali gus mereka perlu berwaspada dengan kebangkitan yang mampu dijelmakan anak buah Vladica Grujic itu yang tampil sebagai pasukan pelawat.

“Mana-mana pasukan mesti mahu bangkit dan ini akan memberi motivasi untuk mereka kerana mereka tidak mahu tewas pada aksi kedua. Laos dibarisi ramai pemain bawah 23 tahun (B-23) dan mereka mampu berlari sehingga hujung permainan.

“Mereka juga bermain dengan serangan balas pantas untuk mendapatkan gol. Jadi kita perlu bersedia supaya tidak mudah kehilangan bola dalam kawasan sendiri selain memanfaatkan peluang yang ada,” katanya pada sidang media menjelang aksi kedua Kumpulan B menentang Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam esok.

Tambahnya lagi, Malaysia perlu bermain dengan bijak dan memanfaatkan segala pengetahuan yang ada bagi memastikan mereka dapat terus mengawal permainan dalam usaha memburu kemenangan.

Tegasnya,  semangat juang semata-mata tidak cukup dalam bola sepak meskipun faktor itu membantu mereka bangkit menewaskan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Piala ASEAN 2026, Sabtu lalu.

Ujarnya, semangat sahaja tidak cukup kerana kita memerlukan kebijaksanaan dan pengetahuan untuk mengendalikan perlawanan. Saya rasa pemain berpengalaman membantu kita meningkatkan tempo perlawanan.

“Apa yang penting ialah kita memanfaatkan peluang yang dicipta apabila menjana serangan dengan menjadi klinikal di hadapan gol.


Add Comment

Click here to post a comment