
TUJUH inisiatif Prihatin Belia dan Sukan diumukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menfokuskan agenda kepada pengiat industri sukan sebagai usaha tuntas serta penampan untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Menterin Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif pertama membabitkan peruntukan sebanyak RM18 juta disediakan dibawah Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) dan ia dijangka boleh memanfaatkan kira-kira 6,000 buah syarikat perniagaan berdaftar berkaitan industri sukan.
“GPIS disediakan khusus untuk manfaat pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi komersial yang terjejas sebagaimana yang diumulan dalam PEMULIH dengan bantuan RM3,000 secara one-off.
“Permohonan mendapatkan GPIS dibuka mulai hari ini dan boleh memohon melalui pautan gpis.kbs.gov.my,” jelasnya.
Reezal berkata, inisiatif lagi yang diperkenalkan juga melibatkan moratorium bagi pengiat sukan secara automatik dengan penyedian surat pengesahan dan insentif sewaan dan operator perniagaan fasiliti sukan KBS.
“Kementerian juga akan memberikan insentif sewaan fasiliti sukan dan rekreasi seliaan pada kadar 50 peratus untuk tempoh enam bulan akan datang terpakai kepada fasiliti sukan dan rekreasi milik Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negara(JBSN),Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan(i-LEAD),dan Impact Integrated.
“Pengecualian sebanyak 50 peratus kadar sewaan selama enam bulan bermula dari tarikh PKP3.0 berkuatkuasa juga diberikan kepada Operator Perniagaan difasiliti.
“KBS juga telah memanjangkan cadangan pelaksanaan pengurangan bayaran lesen perniagaan kepada operator sukan untuk pertimbangan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta semua Kerajaan negeri,” jelasnya.
Menurut Reezal lagi, bagi menyokong para pekerja penggiat industri sukan yang terkesan, KBS akan menawarkan dan memberi keutamaan pengambilan sukarelawan MYVAC kepada para pekerja industri sukan melalui Program MYVAC@SportsIndustry dengan peruntukan RM6 juta bagi setiap pelaksanaan.
Katanya, KBS akan bekerjasama dengan Kementerian Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi membolehkan kadar bayaran balik yang lebih rendah dapat dipertimbangkan untuk penggiat industri sukan dibawah Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS).
“Program Vaksinasi Industri Sukan (SPORTIVAC) akan membolehkan penggiat industri sukan diberikan keutamaan untuk menerima vaksin yang akan diselaraskan oleh SPIKE.
“Inisiatif terakhir ialah penawaran kursus berkaitan secara percuma kepada penggiat industry sukan serta orang ramai khususnya para belia dalam meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan sukan,” katanya.





Add Comment