
SEMINAR Tahunan Pengadil & Penilai Pengadil Video Assistant Referee (VAR) sedang berlangsung selama lima hari dari Rabu, 11 Jun hingga Ahad, 15 Jun 2025 sebagai persiapan menjelang musim baharu Liga Malaysia 2025-2026 bermula Ogos depan.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM di Hotel Concorde, Shah Alam, hari ini.

Turut hadir ialah Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub; Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd.
Seminar yang disertai seramai 55 orang pengadil dan 26 orang penilai pengadil ini dikendalikan oleh Instruktur FIFA, Farkhad Abdullaev dan Turki Alkhudhayr serta dibantu oleh empat instruktur tempatan iaitu Hj. Kassim Kadir Bacha, C. Ravichandran, Ahmad Khalidi Supian dan Suhaizi Shukri.






Add Comment