Antarabangsa Bola Sepak Terkini

‘Patrick Vieira’ Malaysia tidak dipanggil sertai kem latihan Harimau Malaya

Kem latihan pusat kali ini akan berlangsung dalam tiga fasa

PEMAIN sedang meningkat naik Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi yang mempamerkan aksi cemerlang di pentas akhir Piala Malaysia 2024/25 tidak dipanggil Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Sebaliknya beberapa nama yang kurang beraksi dipentas Liga Malaysia iaitu Nathaniel Hong Wan dan Junior Eldstal berada dalam senarai 38 pemain dipanggil menjalani latihan menjelang aksi persahabatan menentang Cape Verde dan Vietnam.

Berdasarkan senarai yang diumumkan hari ini, Cklamovski memanggil 38 pemain yang mana dia mengekalkan 25 pemain dari skuad ketika menentang Nepal pada aksi pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027, 25 Mac lalu.

Ibrahim Manusi yang mendapat jolokan Patrick Vieira versi Liga Super menjadi tumpuan terutamanya selepas persembahan baiknya untuk Sri Pahang FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun pasukannya tewas.

Malah, meskipun beraksi di pentas akhir Piala Malaysia, tiada pemain Sri Pahang yang dipanggil kecuali hanya Sergio Aguero yang diletakkan dalam senarai bersedia.

Kem latihan pusat kali ini akan berlangsung dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula 18 hingga 26 Mei 2025 akan berlangsung di Johor Baharu sebelum latihan diteruskan di Kuala Lumpur dari 27 Mei hingga ke hari perlawanan.

Malaysia dijadual berdepan pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde bagi aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 29 Mei ini sebelum sekali lagi menentang lawan sama untuk perlawanan latihan secara tertutup tanpa penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 Jun ini.

Dua aksi itu sebagai persiapan Harimau Malaya menjelang perlawanan kedua Kumpulan F kelayakan Akhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional, 10 Jun ini.

Seramai 28 pemain akan melapor diri pada 18 Mei diikuti lapan pemain (25 Mei), manakala Dion Cools dan Hector Hevel akan melaporkan diri pada 1 Jun, sekali gus menyaksikan dua pemain itu terlepas aksi pertama menentang Cape Verde.

Senarai 38 pemain Harimau Malaya

> Fasa 1 (19 Mei 2025)

  • Penjaga gol

Muhammad Azri Ghani, Muhammad Haziq Nadzli, Rahadiazli Rahalim, Syed Muhammad Nasrullhaq Syed Bidin

  • Pertahanan

Muhammad Aiman Hakimi Othman, Muhammad Alif Ahmad, Daniel Ting, Dominic Tan, Gabriel Palmero, Harith Haiqal Adam Afkar, Quentin Cheng, Muhammad Safwan Mazlan, Muhammad Shafizan Arshad, Ubaidullah Shamsul Fazili, Ahmad Zikri Khalili

  • Tengah

Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon, Hong Wan, Muhammad Abu Khalil, Nazmi Faiz Mansor, Nooa Laine, Stuart Wilkin, Syamer Kutty Abba

  • Penyerang

Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Fergus Tierney, Haqimi Azim Rosli, Paulo Josue, Safawi Rasid

> Fasa 2 (25 Mei 2025)

  • Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, La’vere Corbin Ong, Matthew Davies, Shahrul Saad, Junior Eldstal, Afiq Fazail, Romel Morales, Endrick Dos Santos

> Fasa 3 (1 Jun 2025)

  • Dion Cools, Hector Hevel

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading