KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi mengambil pendekatan realistik dan positif apabila enggan memberikan janji-janji manis berhubung isu kewangan dan tunggakan gaji yang dihadapi beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) boleh diselesaikan sekelip mata.
Tegasnya ia merupakan cabaran untuk semua orang dan dia sedar mengenai masalah gaji dan kewangan yang dialami pasukan.
Namun dia percaya bahawa perkara ini perlu dianalisa, kami perlu selesaikan perkara ini dan Financial Fair Play sedang dilaksanakan.
“Kita perlu faham bagaimana kita boleh tingkatkan status kewangan liga. Namun ia bukan benda yang kita boleh selesaikan esok, tidak. Kita perlu masa, dengan transisi FA kepada FC dan selepas itu COVID-19, perancangan tidak mengikut apa yang diharapkan.
“Jadi sekarang dengan perancangan yang ada, isu ini kita perlu analisa. Tapi saya di sini bukan untuk membuat janji atau saya sekarang sebagai penyelesaian. Jika saya berkata begitu, saya akan berbohong.
“Penyelesaian akan datang selepas kami membuat penilaian, bercakap dengan kelab, melakukan kajian terhadap proses terutama Financial Fair Play. Tapi saya bukan orang yang datang ke Malaysia, orang asing buat kali pertama (dilantik CEO MFL) untuk katakan atau berjanji sesuatu,” katanya.








Add Comment