Antarabangsa Permotoran Terkini

Qabil Irfan pamer peningkatan

Teruskan mempamer aksi konsisten dan meraih kejuaraan

SEBANYAK tiga sesi latihan bebas yang merangkumi 3 kumpulan bagi kategori 160cc dan 2 kumpulan bagi kategori 190cc bermula dengan positif semalam (Selasa) di Litar Kart Ricardo Tarmo, Valencia, Sepanyol dengan keluasan 1,132km.

Sesi latihan bebas berlangsung dengan keadaan cuaca yang cukup baik iaitu 18 celcius. Seramai 55 pelumba yang telah mengesahkan perlumbaan selepas sesi pendaftaran dengan penglibatan seramai 34 pelumba dari kategori 160cc dan 21 pelumba dari kategori 190cc melibatkan 18 Negara.

Mereka merupakan antara pelumba-pelumba yang terbaik bagi kejohanan FIM MiniGP World Series ini.

Qabil Irfan menduduki tangga ke 5 selepas gabungan latihan bebas catatan masa 44.741 yang menunjukkan peningkatan bagi setiap sesi. Manakala Airel Marzuki menduduki tangga ke 16 secara keseluruhan dengan catatan masa 45.333.

Bagi pelumba 190cc, Farish Hafiy mencatat masa gabungan terpantas dengan catatan masa 43.162 saat dan berada ditempat yang ke 8 manakala Adi Putra menduduki tempat ke 15 dengan catatan masa 43,643 dan Emil Idzhar mencatat masa gabungan 44.126 di tempat ke 18.

Sesi latihan bebas 4 dan Ujian masa akan dilangsungkan pada hari ini, Rabu 22 November untuk menentukan kedudukan petak perlumbaan pada hari Khamis.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading