Bola Sepak

Hamidin hadir persidangan Presiden & Setiausaha Agung Ahli Gabungan & Persatuan Serantau AFC 2023


FOTO FAM

KUALA LUMPUR – Presiden dan Setiausaha Agung FAM Hadir ke Persidangan Presiden & Setiausaha Agung Ahli Gabungan & Persatuan Serantau AFC 2023.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap bola sepak yang menjadi ejen hubungan serantau antara negara terus kukuh dengan hubungan dua hala negara-negara gabungan yang dijalinkan AFC dalam Persidangan Presiden & Setiausaha Agung Ahli Gabungan & Persatuan Serantau AFC 2023, di Tashkent, Uzbekistan.

Persidangan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama dua hari bermula hari ini (7 Oktober 2023) hingga Ahad, 8 Oktober 2023 itu menyaksikan kehadiran 47 negara ahli gabungan menghadiri persidangan yang diadakan di Hotel Intercontinental, Tashkent.

Delegasi FAM diketuai Presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dengan diiringi Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Hj Rahman.

“Industri bola sepak dianggap platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara negara khususnya ia mengambil hakikat bahawa bola sepak ialah ejen penyatuan dan sukan nombor satu di kebanyakan negara.

“Persidangan yang bermula hari ini menyaksikan Presiden dan Setiausaha Agung negara-negara ahli gabungan AFC berkumpul yang mana kami sama-sama dapat mengukuhkan lagi usaha kerjasama erat dalam membangunkan bola sepak di rantau ini,” kata Datuk Haji Hamidin.

Selain itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John telah menyempurnakan majlis pembukaan persidangan bersama-sama Perdana Menteri Uzbekistan, Abdulla Aripov dan Presiden FIFA, Gianni Infantino yang juga turut hadir bagi menzahirkan sokongan.

Pelbagai topik telah disediakan oleh AFC bagi persidangan ini yang merangkumi  topik mengenai kepimpinan di dalam bola sepak, kuasa bola sepak sebagai pemangkin transformasi nasional, membentuk masa hadapan kepimpinan dan kejayaan di dalam kepimpinan bola sepak wanita.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d