
Kejohanan Dr Amsyar Golf Challenge 2022 berlangsung di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini mendapat sambutan yang mengalakkan apabila disertai 132 pemain dari seluruh negara.
Pengarah Urusan Dr Amsyar, Mohamad Faizal Razali berkata kejohanan ini tercetus apabila beliau melihat selepas pendamik Covid-19, sangat kurang kejohanan golf dianjurkan untuk pemain amatur.
Menurutnya, beliau tidak menyangka kejohanan sulung yang dianjurkan itu mendapat perhatian yang baik daripada peminat sukan itu.

“Ekoran sambutan yang sungguh menggalakkan sehingga mencecah 132 orang peserta, kami merancang untuk mengadakan kejohanan golf Dr. Amsyar Sirkit yang berkemungkinan akan bermula pada bulan September ini,” katanya.
Selain peserta jemputan dan wakil media, antara pemain yang turut memeriahkan kejohanan Dr. Amsyar Golf Challenge 2022 ialah ahli-ahli kelab Golf Danau, Rata-rata Golf Club (RRGC) dan Kita Aje Golf Club (KAGC).
Mohamad Faizal berkata, kejohanan Dr Amsyar Golf Challenge 2022 ini bertujuan meneruskan kesinambungan program amal CSR Dr Amsyar yang merupakan sebuah syarikat yang memasarkan dan menjual penapis air mampu milik keluaran Bumiputera yang berstatus francais di negara ini.

Menurutnya, syarikatnya juga turut merancang untuk memperluaskan program CSR ke negeri-negeri lain sebagai membalas jasa pelanggannya yang banyak membantu syarikat itu berdaya maju sehingga sekarang.
“Dr Amsyar akan memperluaskan program infak dan CSR ini ke luar daerah dan negeri pada masa akan datang kerana produk Dr Amsyar ini turut dijual hampir seluruh negara kecuali di Sabah,” ujar beliau.
Add Comment