Bola Sepak

Devan tak sangka mampu bawa pulang tiga mata


Ahmad Syihan beraksi cemerlang menafikan sepakan penalti Neto Pesoa dipenghujung babak pertama.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan nyata tidak menyangka pasukannya mampu membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan Sabah FC, 1-0 pada aksi sengit di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

Tegasnya, pulang ke Paroi dengan satu mata juga dianggap kepuasan buat dirinya dan pemain namun sebaliknya tiga mata yang dianggap bernasib baik.

“Kemenangan ini kita tidak sangka, rasa puas hati jika bawa pulang satu mata, Sabah mempunyai banyak peluang jaringkan gol, kecemerlangan penjaga gawang Ahmad Syihan Hazmi Mohamed membolehkan pasukan mendapatkan tiga mata.

“Pujian juga kepada pemain saya yang bertahan dengan baik sepanjang 90 minit, kesungguhan dan komitmen serta kerja keras untuk memastikan kemenangan ini yang saya anggap hari ini kita bernasib baik bawa pulang tiga mata,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Ketangkasan Ahmad Syihan pada perlawanan tersebut nyata benarnya apabila mengagalkan beberapa percubaan merbahaya dari pemain tuan rumah termasuklah menyelamatkan sepakan penalti pemain import Sabah FC, Neto Pesoa dipenghujung babak pertama.

Gol tunggal kemenangan dijaringkan Khair Jones pada minit ke-51 yang menerima hantaran rakan susulan sepakan percuma di depan gawang tuan rumah.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: