
LIVERPOOL meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan Inter Milan, 2-0 pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir di di Giuseppe Meazza, sebentar tadi.
Dua gol menerusi Roberto Firmino dan Mohamed Salah ketika perlawanan berbaki 15 minit separuh masa kedua memastikan kemenangan mutlak anak didik Jurgen Klopp.
Kemenangan ini juga memastikan Liverpool terus cemerlang dengan rekod tanpa kalah sebagaimana dilakukan diperingkat kumpulan.
Tanpa sebarang gol pada babak pertama, Inter Milan dilihat berjaya memberi tekanan dan asakan kepada Liverpool namun Firmino yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua memastikan jurang kedua-dua pasukan.
Bermula sepakan percuma, Firmino bijak menanduk lantaarn tersebut untuk gol pertama pada minit ke-75 sebelum Salah menggandakan kelebihan pada minit ke 83 untuk kemenangan mutlak 2-0 mengatasi Inter Milan.
Add Comment