Bola Sepak

Sekatan pemain baharu: MFL sedia bantu Perak FC


Stuart Ramalingam

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) sedia membantu Perak FC yang dikenakan sekatan pengambilan pemain baharu oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, pihaknya memahami kesulitan dialami skuad The Gaurus itu dan bersedia memberi pertimbangan sewajarnya termasuk pengecualian kepada Perak FC sekiranya kuota pemain tidak mencukupi.

Beliau berkata ini bagi memastikan pasukan itu dapat beraksi dalam musim baharu Liga Premier yang dijadualkan bermula 5 Mac ini supaya masa depan pasukan dan pemain tidak terkubur begitu sahaja.

Berdasarkan peraturan pertandingan, Stuart menjelaskan sesebuah pasukan perlu mempunyai minimum 20 pemain sehingga jumlah maksimum 30 pemain untuk beraksi dalam kancah saingan bola sepak tempatan.

“Di dalam peruntukan, tak boleh daftar pemain baharu tempatan atau luar bermakna Perak FC terpaksa bermain dengan pemain sedia ada termasuk mereka dari Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia musim lepas.

Stuart menjelaskan sesebuah pasukan perlu mempunyai minimum 20 pemain sehingga jumlah maksimum 30 pemain untuk beraksi dalam kancah saingan bola sepak tempatan. Foto: Perak FC

“Kami di peringkat MFL akan bantu sejauh yang boleh untuk Perak FC,” katanya kepada media selepas majlis memeterai kerjasama bersama rakan penaja baharu Liga Malaysia (Liga-M), Luno.

Perak FC dikenakan hukuman oleh FIFA selepas gagal menjelaskan tunggakan hutang berjumlah RM1.7 juta yang melibatkan tuntutan gaji beberapa bekas tonggak import serta pembayaran kepada ejen pemain.

Ia melibatkan bekas pemain import iaitu Jeon Hyo Seok, Leandro dos Santod dan Raianderson da Costa Morais selain turut berhutang kepada ejen Leandro dan Raianderson.

Perak FC juga berdepan kemungkinan tidak mempunyai kuota pemain yang cukup untuk bermain dalam musim baharu ini memandangkan jendela perdaftaran pemain baharu Liga-M akan ditutup pada 22 Februari ini.-Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading