Badminton

BAM sahkan terima surat rayuan Zii Jia


PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan sudah menerima surat rayuan daripada pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, pihaknya sebagai penjaga kepentingan badminton negara dan kini sedang meneliti serta mencari penyelesaian secara baik.

“Situasi peletakan jawatan Lee Zii Jia sebagai pemain BAM dan keputusan Majlis BAM untuk tidak mendaftarkannya ke kejohanan antarabangsa selama dua tahun, telah memberi impak yang mendalam bukan sahaja kepada kepentingan badminton tetapi juga kepada rakyat Malaysia.

“Kami sedar sepenuhnya tentang kemarahan dan kekecewaan yang yang diluahkan, dan kami benar-benar memahami kekecewaan yang dinyatakan terhadap Persatuan.

“Keadaan ini amat mencabar dan mendapat perhatian semua pihak, daripada ahli politik sehinggalah pemain antarabangsa. Kami menghargai semua komen, kritikan dan maklum balas keseluruhan yang ditujukan kepada kami. Kami akan mengambil perhatian tentang sentimen semangat yang diluahkan oleh rakyat Malaysia.

“Sebagai sebuah institusi negara yang bertanggungjawab, kita mempunyaai proses dan prosedur yang mesti dipatuhi. Tindakan Majlis BAM adalah berdasarkan prosedur rasmi dengan maklumat yang telah disampaikan kepada mereka. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa keputusan ini bukanlah tidak boleh dirayu.

“Dalam sejarah institusi kami, semua pemain mempunyai hak untuk mebuat rayuan keputusan dan BAM mengambil kira rayuan untuk mencari penyelesaian yang baik.

“BAM bukan sahaja melindungi sukan ini, tetapi nilai dan standard, pemain yang paling terbaik mewakili negara yang dicintai ini,” jelas BAM.

Zii Jia,23, telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Januari lalu dan badan induk tersebut akan membuat pengumuman berhubung keputusanpada Jumaat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: