Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Tunggu apa yang kami ada untuk Malaysia – V Selvaraj


V Selvaraj

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Laos, V Selvaraj tidak mahu menjadikan alasan kekurangan persiapan latihan untuk mengumpulkan pemain dalam pasukan halangan untuk melakarkan kejutan pada aksi kedua menentang Malaysia, petang ini.

Tegasnya, mereka hadir ke Singapura dengan melalui tiga peringkat yang berbeza sebelum berjaya mengumpulkan kesemua pemain.

“Kami berhadapan dengan tiga kumpulan pemain yang berbeza dalam persediaan kami dan hanya mempunyai semua skuad bersama empat hari sebelum kejohanan bermula, dan pemain tempatan hanya mempunyai tiga perlawanan liga sepanjang 2021.

“Namun skuadnya bersedia memberikan aksi menarik dalam usaha memburu kemenangan pertama.

“Sama ada anda terima atau tidak, saya ada rancangan saya dan saya tahu kekuatan pasukan kerana setiap hari saya bersama pemain dan saya tahu kualiti mereka jadi anda akan lihat esok apa yang kami ada untuk Malaysia,” tegasnya pengendali kelahiran Singapura itu.

Berusia 52 tahun dan merupakan penolong jurulatih kepada V Sundramoothy yang membimbing Laos tiga tahun lalu sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal Laos ketika ini, V Selvaraj juga merupakan pemain penyerang Singapura pada 1994 mula memegang jawatan Ketua Jurulatih Laos, Oktober lalu.

Pada aksi pertama dalam Kumpulan B,  Laos menarik perhatian dengan persembahan mengagumkan  walaupun tewas 2-0 di tangan juara bertahan Vietnam.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading