Bola Sepak

PPBN dan AMD tidak akan ditutup – FAM


PROGRAM Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuklah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang tidak akan ditutup.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata PPBN yang dilancarkan pada 2014 dengan visi melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia secara konsisten itu tetap diteruskan.

“Kalau ada cerita hendak tutup NFDP itu tidak benar. Kita (FAM) memang sentiasa memikirkan soal pembangunan. Pembangunan ini kita tidak akan dapat (hasil) hari ini, esok kita dapat hasilnya dan jika usaha itu sesuatu yang memang bagus kita akan teruskan.

“Program ini juga melibatkan banyak pihak, kerajaan, MSN, KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan sebagainya. Memang kita alu-alukan (program diteruskan) dan kalau kita perlu tambah baik, kita akan buat,” katanya kepada Bernama.

Untuk rekod, sebelum ini, timbul khabar angin terdapat segelintir individu yang cuba melobi supaya PPBN ditutup sekali gus menimbulkan keresahan dalam komuniti bola sepak tempatan terhadap hala tuju pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: