Bola Sepak

Skuad B-22 Tahun tewas tipis kepada Negeri Sembilan FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi pemain B-22 dan Negeri Sembiklan FC pada perlawanan persahabatan petang Selasa.

Oleh: SUBKI SUDARJI

SKUAD Bawah 22 tahun negara (B-22) tumpas 1-2 pada aksi persahabatan menentang juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC di Stadium Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya, sebentar tadi.

Gol skuad bimbingan Brad Maloney dijaringkan penyerang, Azhad Harraz Arman pada minit ke-11.

Gol berpunca dari kegagalan penjaga gawang NSFC, Damien Lim menangkap kemas bola sebelum disambar Azhad untuk meletakkan pasukan didepan dan kelutusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, NSFC tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Thierry Akono selang seminit kemudian.

Serangan berterusan NSFC nyata memberikan tekanan buat skuad B-22 negara dan terpaksa akur dengan gol kedua yang dijaringkan R Barathkumar pada minit ke-81.

Selepas ini skuad B-22 akan menentang Penang FC pada 15 Oktober dan perlawanan terakhir bertemu Kedah Darul Aman FC selang tiga hari kemudian.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: