Bola Sepak

Skuad B-20 sertai kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2022.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MALAYSIA akan berdepan Thailand, Laos dan Mongolia dalam Kumpulan J pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 yang akan berlangsung di Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021 bagi merebut 15 slot terbaik bersama tuan rumah, Uzbekistan ke pusingan akhir edisi kelima kejohanan tersebut di Tashkent.
Ia telah ditetapkan pada majlis undian yang dikendalikan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hari ini dengan menyaksikan 42 pasukan bertanding telah dibahagikan ke dalam 11 kumpulan iaitu enam kumpulan bagi Zon Barat dan lima kumpulan bagi Zon Timur.
Juara setiap kumpulan iaitu 11 pasukan akan disertai empat pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dan juga tuan rumah, Uzbekistan bagi membentuk 16 pasukan terbaik bakal beraksi pada Piala Asia B-23 2022 yang dijadual berlangsung di Tashkent pada Jun 2022.
Bagi saingan kelayakan kali ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk tidak menghantar kelompok pemain berusia 22 tahun seperti yang disyaratkan oleh AFC, sebaliknya telah membuat keputusan untuk mempertaruhkan skuad B-20 kebangsaan kendalian Brad Maloney bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2022 ini.
Sebagai rekod, Piala Asia B-23 sebelum ini dikenali sebagai Kejuaraan B-23 AFC yang mana pada empat edisi terdahulu sejak 2013, Malaysia hanya sekali berjaya melepasi saingan kelayakan dan layak ke pusingan akhir pada 2018 di China dengan mara sehingga suku akhir sebelum tewas kepada Republik Korea.
Pada aksi kelayakan bagi Kumpulan J nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan bertemu Laos pada 27 Oktober 2021, diikuti aksi kedua berdepan tuan rumah, Mongolia pada 29 Oktober 2021, sebelum menentang Thailand pada aksi terakhir pada 31 Oktober 2021.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: