Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Harimau Malaya kena PKP di UAE


De Paula dilihat gagal memberikan impaknya sebagai pemain naturalisasi negara.

SKRIP kekalahan 1-2 pada pusingan pertama di laman sendiri , 10 September 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil kini kembali berulang apabila Harimau Malaya mudah di ratah Emiriah Arab Bersatu (UAE), 0-4 pada aksi Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, sebentar tadi.

Seolah-olah berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika beraksi di atas padang, Harimau Malaya dilihat hanya bergerak di kawasan sendiri khususnya pada separuh masa pertama selain memberikan lawan lebih ruang untuk bergerak dan mengatur gerakan.

Dua gol dihasilkan penyerang prolifik tuan rumah, Ali Mabkhout (m-19 dan m-91) serta pemain naturalisasi yang dibawa masuk pada babak kedua, Fabio Lima (m-83 dan m-93) sudah cukup buat skuad bimbingan Bert van Marwijk untuk meraih tiga mata penuh pada aksi di Stadium Zabeel, Dubai.

Tuan rumah dilihat menguasai hampir keseluruhan permainan manakala jentera tengah negara pula tampak gagal memberikan impak selain kekerapan kehilangan bola oleh pemain negara membolehkan UAE melancarkan beberapa siri serangan ke kawasan penalti skuad negara.

 

 

 

 

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu tergelincir ke tangga keempat Kumpulan G meskipun terikat sembilan mata dengan UAE dan Thailand dengan perbezaan gol.

Cakap Sukan sengaja membiarkan ruang kosong dalam beberapa perenggan sebagai tanda protes kepada mutu permainan skuad Harimau Malaya !

Kita kini tiada pilihan lagi selain WAJIB menang ke atas Vietnam dan Thailand selepas ini untuk mengelak terus diketawakan oleh netizen dan penyokong lawan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading