Badminton

Skuad Harimau Pekak Malaysia dapat tonik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamada (dua,kiri) menyerahkan jersi kepada Shin Ruen (tiga,kanan) sebagai tanda simbolik penajaan penajaan diantara Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd dengan MSDeaf.

MENJELANG persiapan penyertaan Pusingan Kelayakan Bola Sepak Temasya Deaflympic yang ke 24 di Caxias do Sul, Brazil pada Mei 2022, skuad Harimau Pekak Malaysia mendapat suntikan apabila Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd meneruskan kerjasama bagi tahun kedua.

Pada tahun lalu,  Yakult (Malaysia) menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dalam persiapan pasukan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia yang lebih dikenali sebagai `Skuad Harimau Pekak Malaysia` menjelang penampilan sulung mereka dalam Kejohanan Piala Dunia Orang Pekak 2020 di Mapo, Korea.

Namun kejohanan itu ditunda akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia dan kali ini mereka meneruskan perjanjian bagi tempoh setahun lagi bermula Ogos 2021 hingga Ogos 2022.

Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd, Hiroshi Hamada berkata, pihaknya mengharapkan sokongan berterusan ini dari pihak kami dapat membantu MSDeaf.

“Kerjasama ini diharap dapat menambahkan keyakinan dan persedian Harimau Pekak Malaysia dalam persiapan menyertai Pusingan Kelayakan Bola Sepak Temasya Deaflympic yang ke 24 di Caxias do Sul, Brazil pada Mei 2022,” jelasnya.

Majlis penyerahan penajaan diantara Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd diwakili Hamada dan MSDeaf oleh Presidennya, Ong Shin Ruen.

Barisan pemain skuad Harimau Pekak Malaysia.

Penajaan yang bernilai RM40,000.00 itu merangkumi wang tunai berjumlah RM30,000.00, minuman probiotik Yakult dan barangan sukan telah disampaikan di Pejabat Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia di Kuala Lumpur.

Selain itu, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd juga turut menyampaikan 29 pasang kasut bola sepak yang diterima dari pihak PUMA Jepun menerusi Perjanjian Kerjasama Rakan ASEAN diantara pihak Yakult Malaysia bersama kelab bola sepak Liga Jepun, Cerezo Osaka. Menerusi perjanjian ini, Yakult (Malaysia) Sdn. Bdn merupakan Penaja Rasmi MInuman Probiotik kepada MSDeaf.

Pasukan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Manachai Sittisarn kini berada dalam kelompok 24 pasukan terbaik dunia malah turut menghuni ranking ke-6 Asia Pasifik dan juga ranking kedua Asean bagi bola sepak orang Pekak.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: