Bola Sepak Terkini

Dari lapangan hijau ke lapangan kawad


Joslan Aping (kanan) ketika menjalani latihan bersama pasukan

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

INDUSTRI bola sepak makin hari makin berkembang pesat dan sudah diklasifikasikan sebagai satu karier yang mampu menjamin masa depan.

Ketika ini ramai anak muda cuba merebut tempat untuk bergelar pemain profesional sekurang-kurangnya beraksi di pentas domestik.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya buat penjaga gol muda Sabah FC, Joslan Aping yang mengambil keputusan meninggalkan skuad Liga Super Sabah untuk menyertai badan beruniform bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walaupun mungkin ada yang tidak senada dengan keputusan itu, hasrat untuk memartabatkan institusi PDRM menjadi alasan utama Joslan seiring dengan sambutan Hari Polis ke-214, tahun ini.

“Joslan mula mewakili Sabah dari peringkat Piala Belia dan Piala Presiden. Seorang penjaga gol yang berbakat dan seorang yang berdisiplin tinggi.

“Namun beliau terpaksa menarik diri daripada skuad Badak kerana mendapat tawaran bekerja dari Polis Diraja Malaysia.

“Beliau menzahirkan niatnya untuk meninggalkan dunia bola sepak professional dan mahu fokus untuk berbakti kepada masyarakat sebagai seorang anggota polis,” kata pasukan itu menerusi muat naik di laman Facebook rasmi.

Kekosongan yang ditinggalkan Joslan sebagai penjaga gol ketiga akan diisi dua pemain daripada skuad Piala Presiden, Mohd Azlizan Mohd Azlan, 19, dan Mohammad Ramzi Mustakim, 22.

“Pihak pengurusan Sabah FC menghormati keputusan beliau dan mendoakan semoga Joslan sentiasa sukses dalam karier barunya dimasa hadapan,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading